Never miss this Facts.. anda mesti baca!

Sejak diceroboh oleh tentera Amerika, sebuah rumah di Baghdad, Iraq yang dahulunya berharga AS&15,000 (RM57,000) kini melonjak kepada AS$120,000 (RM456,000) hingga AS$150,000 (RM570,000).

*****

Oslo, ibu negara Norway adalah tempat paling mahal di dunia. Di sana, segelen petrol berharga AS$5 (RM19) dan untuk masuk ke tandas, anda perlu membayar AS$1.32 (RM5).

*****

Trend terbaru di Netherland - masukkan permata kecil ke dalam mata!

*****

Jangan anda rasa jumlah manusia ini sudah cukup banyak. Sebenarnya jumlah serangga lebih banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, kalau dinisbahkan antara manusia dengan serangga yang hidup melata di bumi ini, jumlahnya ialah 1:200 juta!

*****

Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

*****

Satu fakta tentang keagungan Tuhan; Badan kita membunuh dan dalam masa yang sama menghasilkan 15 juta sel darah merah sesaat.

*****

Manusia memang suka merosakkan bumi yang cantik ini. Salah satu mangsa mereka ialah laut. Untuk makluman anda, jumlah sampah sarap dan bahan kumbahan yang dibuang ke dalam laut setiap tahun adalah tiga kali ganda jumlah ikan yang ditangkap.

*****

Siapa kata orang Barat tidak percaya hantu. Jangan terkejut. Mahkamah Rayuan New York pada tahun 1991 secara rasminya membuat keputusan bahawa sebuah rumah di Nyack, sebagai berhantu.

*****

Dianggarkan kira-kira 41% daripada penduduk China makan sekali seminggu di restoran makanan segera, berbanding penduduk Amerika, 35%.

*****

Dianggarkan apabila sekeping tilam berusia 10 tahun, beratnya akan meningkat dua kali ganda berbanding semasa dibeli. Berat tilam itu naik sekali ganda kerana ditambah oleh habuk, sel kulit yang sudah mati, kelemumur, rambut bulu, hama, pasir, tanah, peluh, dan pelbagai lagi unsur.

*****

Bhutan: A Visual Odyssey adalah buku terbesar di dunia. Ia kini disimpan di perpustakaan awam Chicago, Amerika Syarikat. Buku itu setinggi 1.5 meter, lebar 2.13 meter dan berat 60 kg.

*****

Kalau semua batu Piramid Cheop di Mesir dikeluarkan, ia cukup untuk melilit bumi dengan dinding setinggi 0.6 meter.

*****

Di hujung-hujung usianya, pengasas kejururawatan moden, Florence Nightingale (1820-1910) suka membawa seekor burung hantu dalam poketnya.

*****

Topi seorang chef dibuat sedemikian rupa supaya ada angin yang berlegar di dalam topi itu agar kepada si tukang masak sentiasa dingin walaupun bekerja di dapur yang panas.

*****

Kos kesihatan pekerja di General Motors kini hampir menyamai kos yang dikeluarkan untuk membeli besi.

*****

Restoran McDonald yang terbesar di dunia terletak di Beijing, China. Ia seluas 8,500 meter persegi dan mempunyai 29 kaunter pembayaran.

*****

Kalau anda perhatikan betul-betul, MonaLisa tidak mempunyai bulu kening. Itulah fesyen yang menjadi ikutan wanita Florence, Itali pada zama Renaissance.

*****

Kalau anda melancong ke Iceland, jangan sekali-kali memberi tip kepada pelayan restoran kerana di negara itu, tindakan tersebut dianggap menghina.

*****

Watak kartun terkenal Papaye mempunyai empat anak saudara. Anda tahu nama budak-budak itu? Pipeye, Peepeye, Pupeye, Poopeye!

*****

Medal Hadiah Keamanan Nobel berukirkan imej tiga orang lelaki telanjang sambil saling memegang bahu antara satu sama lain.

*****

Berlian tidak boleh bersinar dengan sendiri. Oleh itu, ia tidak mampu menyala di dalam gelap, sebaliknya memerlukan suatu cahaya lain bagi membolehkannya mengelipkan sinarannya.

*****

Mastika April 2007

info menarik lagi yang perlu kena baca..


Laut Mati
Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak diliputi ais dan juga merupakan laut atau tasik termasin di dunia.
*****

Spesies Binatang
Di dunia terdapat lebih dari satu juga spesies binatang. Terdapat 6,000 spesies reptilia, 73,000 jenis labah-labah dan 3,000 jenis kutu. Juga 200 juta serangga. 4,600 jenis mamalia mewakili 0.3% binatang dan 9000 jenis burung mewakili 0.7%.
*****

Drupe

Drupe adalah jenis buah yang isi luar (exocarp atau 'kulit' dan mesocarp atau 'isi') mengelilingi endocarp yang keras dengan biji benih di dalamnya.
*****

Rock
Sebuah pusat pengajian di Jerman menunjukkan bahawa memperdengarkan muzik rock terlalu keras menyebabkan perilaku homoseks pada tikus percubaan (uji kaji).
*****

Cendawan
Cendawan tiram merupakan sejenis tumbuhan maging (binatang karnivor-makan daging).
*****

Fenomena Halo
Fenomena Halo lebih kerap terjadi berbanding pelangi.
*****

Mancis
Sesetengah mancis boleh dinyalakan dengan diguris pada mana permukaan kasar.
*****

Himmy
Kucing terberat yang bernama "Himmy" dari jenis tabby yang memiliki berat 21.3kg mati pada tahun 1984.
*****

Lapangan Terbang

Lapangan Terbang Heathrow London adalah lapangan terbang tersibuk di dunia dari segi jumlah penumpang antarabangsa.
*****

Wasabi
Wasabi adalah tanaman asli Jepun dari keluarga kubis.
*****

Tasik Kedua Terbesar & Terdalam
Tasik Tanganyika merupakan tasik air tawar kedua terbesar dan kedua terdalam di dunia.
*****


Sumber: Ujang-345

ok! ini lagi info yang Pelik Tapi Tak Heran!


Gunung Cotopaxi

Gunung berapi hidup yang tertinggi di dunia ialah Gunung Cotopaxi

*****

Kucing

Air kencing kucing bercahaya dalam gelap

*****

Canada

Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

*****

McDonald's

Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia

*****

Doktor Gigi

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doctor gigi

*****

Pokok Oak

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun

*****

Kanggaru & Burung Emu

Kanggaru dan Burung Emu tidak boleh berjalan ke belakang

*****

Roller Coaster

Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam

*****

Gelas

Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam

*****

Snuker

Permainan Snuker berasal dari negara India

*****

Urat

Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km

*****

Nama Tempat

Nama tempat terpanjang di dunia ialah "TAUMATAWHAKATANGIHANGAKOAUAUOTAMATEATURIPUKAKPIKIMAUN-GAHORONUKUPOKAI-IWHENUAKI-TANATAHU"

iaitu nama sebuah bukit di New Zealand

*****

Lembu

Anda mungkin boleh mendahului di depan seekor lembu ketika menaiki tangga tetapi tidak boleh mendahuluinya ketika menuruni tangga

*****

Kereta

Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari jumlah kadar kelahiran manusia


Sumber: UJANG-313

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP