Ini Ada Lagi Yang Perlu Anda Tahu..


Jika kita ingin menyaksikan bukit pasir yang paling banyak di dunia maka kita bolehlah mengunjungi Gurun Sahara kerana di situlah paling banyak bukit pasir.
***
Penulis Novel yang mendapat bayaran yang paling mahal kerana karyanya diangkat dalam filem Tom Wolfe yang dibayar sebanyak US$5 Juta Dolar bagi novelnya Bonfire Of The Vannities.
***
Perpustakaan yang paling besar di dunia ialah Library Of Congress.
***
Kuku jari hantu kita adalah kuku yang paling cepat tumbuh manakala kuku ibu jari kaki pula ialah paling lambat tumbuh.
***
Menara CN di Toronto, Kanada adalah struktur berdiri bebas yang paling tinggi di dunia.
***
Rekod untuk kelajuan paling laju di bulan ialah yang dicatatkan oleh Rover Lunar iaitu pada kadar 10.56 baju sejam.
***
Jika selama ini kita menyangka asparagus hanya berwarna hijau maka kita silap kerana asparagus terdiri dari 2 jenis iaitu yang berwarna hijau dan juga yang berwarna putih.
***
Kucing tempatan yang paling panjang usianya di dunia ialah seekor kucing yang dinamakan Grandpa yang telah hidup selama 34 tahun, 2 bulan dan 4 jam.
***
Lemon-lemon yang mempunyai kulit yang paling nipis ialah lemon-lemon yang paling banyak jusnya.
***
Lobak merah mula-mula ditanam sebagai tanaman ubatan dan bukannya sebagai makanan.
***
Ikan emas paling tua pernah hidup selama 14,795 hari.
***
Nama bagi kapal terbang pertama yang diterbangkan oleh adik beradik Wright pada 17 Disember 1903 di Kitty Hawk ialah Bird of Prey.
***
Permukaan bumi yang paling lama terdedah ialah bahagian utara pulau New Zealand.
***
Buku atau manuskrip paling mahal yang pernah terjual di sesebuah lelongan ialah The Codex Hammer, sebuah buku nota yang dipunyai oleh Leonardo Da Vinci yang telah terjual dengan harga US$30.8 juta dolar.
***
Lukisan termahal pernah dijual di lelongan pula ialah lukisan bertajuk Potrait Of Dr. Gachet hasil karya Vincent Van Gogh yang telah dibeli oleh Ryoei Saito dengan harga US$ 75 juta dolar.
***
Stesen angkasa lepas Rusia yang dinamakan 'Mir' sebenarnya membawa maksud Ketenangan.
*******

Sumber: Majalah APO. Isu 234, 1 Okt 2008

0 comments:

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP