Never miss this Facts.. anda mesti baca!

Sejak diceroboh oleh tentera Amerika, sebuah rumah di Baghdad, Iraq yang dahulunya berharga AS&15,000 (RM57,000) kini melonjak kepada AS$120,000 (RM456,000) hingga AS$150,000 (RM570,000).

*****

Oslo, ibu negara Norway adalah tempat paling mahal di dunia. Di sana, segelen petrol berharga AS$5 (RM19) dan untuk masuk ke tandas, anda perlu membayar AS$1.32 (RM5).

*****

Trend terbaru di Netherland - masukkan permata kecil ke dalam mata!

*****

Jangan anda rasa jumlah manusia ini sudah cukup banyak. Sebenarnya jumlah serangga lebih banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, kalau dinisbahkan antara manusia dengan serangga yang hidup melata di bumi ini, jumlahnya ialah 1:200 juta!

*****

Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

*****

Satu fakta tentang keagungan Tuhan; Badan kita membunuh dan dalam masa yang sama menghasilkan 15 juta sel darah merah sesaat.

*****

Manusia memang suka merosakkan bumi yang cantik ini. Salah satu mangsa mereka ialah laut. Untuk makluman anda, jumlah sampah sarap dan bahan kumbahan yang dibuang ke dalam laut setiap tahun adalah tiga kali ganda jumlah ikan yang ditangkap.

*****

Siapa kata orang Barat tidak percaya hantu. Jangan terkejut. Mahkamah Rayuan New York pada tahun 1991 secara rasminya membuat keputusan bahawa sebuah rumah di Nyack, sebagai berhantu.

*****

Dianggarkan kira-kira 41% daripada penduduk China makan sekali seminggu di restoran makanan segera, berbanding penduduk Amerika, 35%.

*****

Dianggarkan apabila sekeping tilam berusia 10 tahun, beratnya akan meningkat dua kali ganda berbanding semasa dibeli. Berat tilam itu naik sekali ganda kerana ditambah oleh habuk, sel kulit yang sudah mati, kelemumur, rambut bulu, hama, pasir, tanah, peluh, dan pelbagai lagi unsur.

*****

Bhutan: A Visual Odyssey adalah buku terbesar di dunia. Ia kini disimpan di perpustakaan awam Chicago, Amerika Syarikat. Buku itu setinggi 1.5 meter, lebar 2.13 meter dan berat 60 kg.

*****

Kalau semua batu Piramid Cheop di Mesir dikeluarkan, ia cukup untuk melilit bumi dengan dinding setinggi 0.6 meter.

*****

Di hujung-hujung usianya, pengasas kejururawatan moden, Florence Nightingale (1820-1910) suka membawa seekor burung hantu dalam poketnya.

*****

Topi seorang chef dibuat sedemikian rupa supaya ada angin yang berlegar di dalam topi itu agar kepada si tukang masak sentiasa dingin walaupun bekerja di dapur yang panas.

*****

Kos kesihatan pekerja di General Motors kini hampir menyamai kos yang dikeluarkan untuk membeli besi.

*****

Restoran McDonald yang terbesar di dunia terletak di Beijing, China. Ia seluas 8,500 meter persegi dan mempunyai 29 kaunter pembayaran.

*****

Kalau anda perhatikan betul-betul, MonaLisa tidak mempunyai bulu kening. Itulah fesyen yang menjadi ikutan wanita Florence, Itali pada zama Renaissance.

*****

Kalau anda melancong ke Iceland, jangan sekali-kali memberi tip kepada pelayan restoran kerana di negara itu, tindakan tersebut dianggap menghina.

*****

Watak kartun terkenal Papaye mempunyai empat anak saudara. Anda tahu nama budak-budak itu? Pipeye, Peepeye, Pupeye, Poopeye!

*****

Medal Hadiah Keamanan Nobel berukirkan imej tiga orang lelaki telanjang sambil saling memegang bahu antara satu sama lain.

*****

Berlian tidak boleh bersinar dengan sendiri. Oleh itu, ia tidak mampu menyala di dalam gelap, sebaliknya memerlukan suatu cahaya lain bagi membolehkannya mengelipkan sinarannya.

*****

Mastika April 2007

0 comments:

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP